Friday, July 17, 2009

MEMULAKAN CARA HIDUP BARU

Alhamdulillah pada pagi hari Jumaat 17hb Julai 2009 saya merasa bertanggungjawab membuka semula Kampong Lintah. Rumah aruah Aki Raja Hamid bin Raja Musa akan saya jadikan rumah kediaman saya semasa di Slim Village.

Mula dari sekarang apabila saya sampai di Slim saya akan terus ke rumah tersebut sebelum saya pergi kemana-mana bagi menjalankan urusan di kampong.

Rumah tersebut akan diperbaiki berperingkat-peringkat sehingga ianya menjadi sebuah rumah yang selesa didiami. Saya akan mulakan cara hidup yang saya idamkan semenjak kecil iaitu dengan mengadakan hubungan irat sesama insan dengan mengadakan aktiviti sosial dan ekonomi sepanjang masa , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Tuesday, June 30, 2009

KEYAKINAN DIRI MEMIMPIN

Alhamdulillah hari ini aku sedar mengapa hidupku tidak teratur dan tidak kehadapan. Aku kurang yakin kerana aku merasai serba kekurangan. Masalah besar adalah walaupun hatiku terpaut dengan kampong aku di Slim Village tetapi aku tidak dapat menjadikannya itu aku punya base kerana aku tiada rumah di sana.

Alhamdulillah aku sudahpun memperolehi rumah moyangku di Kampong Lintah. Bagaimanapun ianya tidak boleh digunakan lagi kerana perlu dibaikpulih. Hari ini aku mendapat ilham mengapa tidak gunakan rumah aruah Aki Raja Hamid bin Raja Musa yang dikosongkan abangku Raja Kamarulzaman hujung tahun lepas (2008) .Ianya memerlukan pembaikan kecil dan memasukkan semula api dan air.

Sekarang aku bersemangat untuk hidup secara normal dan tidak lagi merasa rendah diri kerana tiada rumah untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan sosial. Sebagai Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kampong Sawa aku bolih menjemput ahli kerumah untuk bermesyuarat atau pun untuk jamuan makan.

Syukur kepada Allah aku sekarang terlepas dari belenggu yang mengikat aku.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Monday, January 26, 2009

MENCAPAI MATLAMAT HIDUP

Alhamdulillah saya sekarang sudah bangun dari keadaan malas untuk berusaha memajukan sesuatu hingga berjaya. Banyak masa dan wang ringgit telah hilang begitu sahaja .Kebanyakan dari perkara yang saya jalankan sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja masalah telah timbul yang biasanya menyebabkan saya marah dan memberhentikan sahaja apa yang saya sedang buat.Saya jarang mengadakan perancang yang rapi dari mula hingga akhir.

Keadaan sekarang sudah berubah. Saya akan mengkaji dahulu apa yang saya hendak buat termasuk fakta jangka masa projek dan unjuran untung ruginya. Segala halangan kepada kejayaan projek hendaklah diteliti terlebih dahulu. Sebarang masalah yang diramalkan hendaklah diatasi supaya ianya tidak menjadi penyebab kegagalan apa yang dirancang.Masalah besar kepada saya sebelum ini adalah ketiadaan jalan masuk ketapak perusahaan, tiada pagar untuk mehindar binatang ternakan merosakan tanaman , tiada sokongan dari orang setempatdan sebagainya.

Alhamdulillah dengan adanya projek menanam nenas seluas 4 ekar saya sekarang menyifatkannya sebagai projek komersil saya yang pertama.Insyaallah urusan menam akan bermula pada bulan Februari 2009 dimana hasilnya dapat dituai pada bulan Februari 2010. Saya juga akan memperlengkapkan dusun/resort dan berusaha mendapatkan hasil dari tanah tersebut melalui memajak tanah tersebut dimusim buah durian .Tanah tersebut akan juga disewa kepada sesiapa yang hendak mengadakan perkhemahan.Tanah Lot 443 akan ditanam dengan tanaman kontan seperti serai atau lain-lain tanaman komersil.

Saya akan pergiatkan usaha membaik pulih rumah pusaka untuk menjadikannya tempat tinggal dan operasi saya semasa berada di Slim.

Dengan adanya semangat baru ini saya berdoa semoga keadaan buntu yang dihadapai sekian lama akan berakhir.

Raja Abdul Rahman Dain