Monday, January 26, 2009

MENCAPAI MATLAMAT HIDUP

Alhamdulillah saya sekarang sudah bangun dari keadaan malas untuk berusaha memajukan sesuatu hingga berjaya. Banyak masa dan wang ringgit telah hilang begitu sahaja .Kebanyakan dari perkara yang saya jalankan sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja masalah telah timbul yang biasanya menyebabkan saya marah dan memberhentikan sahaja apa yang saya sedang buat.Saya jarang mengadakan perancang yang rapi dari mula hingga akhir.

Keadaan sekarang sudah berubah. Saya akan mengkaji dahulu apa yang saya hendak buat termasuk fakta jangka masa projek dan unjuran untung ruginya. Segala halangan kepada kejayaan projek hendaklah diteliti terlebih dahulu. Sebarang masalah yang diramalkan hendaklah diatasi supaya ianya tidak menjadi penyebab kegagalan apa yang dirancang.Masalah besar kepada saya sebelum ini adalah ketiadaan jalan masuk ketapak perusahaan, tiada pagar untuk mehindar binatang ternakan merosakan tanaman , tiada sokongan dari orang setempatdan sebagainya.

Alhamdulillah dengan adanya projek menanam nenas seluas 4 ekar saya sekarang menyifatkannya sebagai projek komersil saya yang pertama.Insyaallah urusan menam akan bermula pada bulan Februari 2009 dimana hasilnya dapat dituai pada bulan Februari 2010. Saya juga akan memperlengkapkan dusun/resort dan berusaha mendapatkan hasil dari tanah tersebut melalui memajak tanah tersebut dimusim buah durian .Tanah tersebut akan juga disewa kepada sesiapa yang hendak mengadakan perkhemahan.Tanah Lot 443 akan ditanam dengan tanaman kontan seperti serai atau lain-lain tanaman komersil.

Saya akan pergiatkan usaha membaik pulih rumah pusaka untuk menjadikannya tempat tinggal dan operasi saya semasa berada di Slim.

Dengan adanya semangat baru ini saya berdoa semoga keadaan buntu yang dihadapai sekian lama akan berakhir.

Raja Abdul Rahman Dain