Saturday, June 11, 2011

MEMPERKENALKAN KELUARGA RAJA BILLAH

Bersyukur kepada Allah dengan izinNya urusan membaikpulih Istana Raja Musa sudah selesai dan kawasan sekitarnya telah diterangkan semula. Sekarang wujud kembali sebuah Kerajaan di Kampong Lintah :-

Sebuah Istana yang boleh melambangkan pusat pemerintahan

Dua bilah parang yang boleh dijadikan sebagai lambang mercu kekuasaan

Dua keping duit siling King George yang boleh melambangkan kemewahan

Sebuah kerita yang boleh melambangkan kenderaan yang membolehkan pergerakan

Keluarga Raja Billah sekarang mantap kerana mempunyai markas untuk bergerak sebagai satu kumpulan. Pelbagai kemudahan Insyaallah akan diadakan untuk kegunaan bersama.

Friday, July 17, 2009

MEMULAKAN CARA HIDUP BARU

Alhamdulillah pada pagi hari Jumaat 17hb Julai 2009 saya merasa bertanggungjawab membuka semula Kampong Lintah. Rumah aruah Aki Raja Hamid bin Raja Musa akan saya jadikan rumah kediaman saya semasa di Slim Village.

Mula dari sekarang apabila saya sampai di Slim saya akan terus ke rumah tersebut sebelum saya pergi kemana-mana bagi menjalankan urusan di kampong.

Rumah tersebut akan diperbaiki berperingkat-peringkat sehingga ianya menjadi sebuah rumah yang selesa didiami. Saya akan mulakan cara hidup yang saya idamkan semenjak kecil iaitu dengan mengadakan hubungan irat sesama insan dengan mengadakan aktiviti sosial dan ekonomi sepanjang masa , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Tuesday, June 30, 2009

KEYAKINAN DIRI MEMIMPIN

Alhamdulillah hari ini aku sedar mengapa hidupku tidak teratur dan tidak kehadapan. Aku kurang yakin kerana aku merasai serba kekurangan. Masalah besar adalah walaupun hatiku terpaut dengan kampong aku di Slim Village tetapi aku tidak dapat menjadikannya itu aku punya base kerana aku tiada rumah di sana.

Alhamdulillah aku sudahpun memperolehi rumah moyangku di Kampong Lintah. Bagaimanapun ianya tidak boleh digunakan lagi kerana perlu dibaikpulih. Hari ini aku mendapat ilham mengapa tidak gunakan rumah aruah Aki Raja Hamid bin Raja Musa yang dikosongkan abangku Raja Kamarulzaman hujung tahun lepas (2008) .Ianya memerlukan pembaikan kecil dan memasukkan semula api dan air.

Sekarang aku bersemangat untuk hidup secara normal dan tidak lagi merasa rendah diri kerana tiada rumah untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan sosial. Sebagai Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kampong Sawa aku bolih menjemput ahli kerumah untuk bermesyuarat atau pun untuk jamuan makan.

Syukur kepada Allah aku sekarang terlepas dari belenggu yang mengikat aku.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Monday, January 26, 2009

MENCAPAI MATLAMAT HIDUP

Alhamdulillah saya sekarang sudah bangun dari keadaan malas untuk berusaha memajukan sesuatu hingga berjaya. Banyak masa dan wang ringgit telah hilang begitu sahaja .Kebanyakan dari perkara yang saya jalankan sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja masalah telah timbul yang biasanya menyebabkan saya marah dan memberhentikan sahaja apa yang saya sedang buat.Saya jarang mengadakan perancang yang rapi dari mula hingga akhir.

Keadaan sekarang sudah berubah. Saya akan mengkaji dahulu apa yang saya hendak buat termasuk fakta jangka masa projek dan unjuran untung ruginya. Segala halangan kepada kejayaan projek hendaklah diteliti terlebih dahulu. Sebarang masalah yang diramalkan hendaklah diatasi supaya ianya tidak menjadi penyebab kegagalan apa yang dirancang.Masalah besar kepada saya sebelum ini adalah ketiadaan jalan masuk ketapak perusahaan, tiada pagar untuk mehindar binatang ternakan merosakan tanaman , tiada sokongan dari orang setempatdan sebagainya.

Alhamdulillah dengan adanya projek menanam nenas seluas 4 ekar saya sekarang menyifatkannya sebagai projek komersil saya yang pertama.Insyaallah urusan menam akan bermula pada bulan Februari 2009 dimana hasilnya dapat dituai pada bulan Februari 2010. Saya juga akan memperlengkapkan dusun/resort dan berusaha mendapatkan hasil dari tanah tersebut melalui memajak tanah tersebut dimusim buah durian .Tanah tersebut akan juga disewa kepada sesiapa yang hendak mengadakan perkhemahan.Tanah Lot 443 akan ditanam dengan tanaman kontan seperti serai atau lain-lain tanaman komersil.

Saya akan pergiatkan usaha membaik pulih rumah pusaka untuk menjadikannya tempat tinggal dan operasi saya semasa berada di Slim.

Dengan adanya semangat baru ini saya berdoa semoga keadaan buntu yang dihadapai sekian lama akan berakhir.

Raja Abdul Rahman Dain

Sunday, December 28, 2008

TAHUN BARU HIJRAH 1430

Pada petang ini , sempena menyambut tahun baru Hijrah 1430 , saya mengambil keputusan memulakan cara hidup dengan lebih berkesan. Saya akan melaksanakan sesuatu dengan mengkaji terlebeh dahulu implikasi tindakan saya. Saya akan mengelak seberapa boleh sesuatu yang merugikan. Saya tidak akan bertangguh-tangguh melakukan sesuatu yang baik.

Saya akan merancang tiap-tiap aktivti supaya ianya tertatur dan dapat dilaksanakan dengan baik.

Friday, December 19, 2008

TIME TO START MAKING LAND TO GENERATE INCOME

It is time to utilise my land so that it will generate income. Time get people to guide me how to get the necessary funding to make the land productive. I must not be afraid to invest in agricutural projects in a big way. The way forward is to understand fully the value added concept. I should not be afraid to get financing to get my projects launched instead of leaving it idle.

Monday, October 20, 2008

GETTING WHAT WE WANT IN LIFE

Life is journey in search of what we want in life. For some it is an endless search making one feeling uncomfortable throughout his life. For some they managed to get what they want early and live happily for most part of their life.

As a Muslim things ought not to be difficult if one were to make the Quran as a guidence. What about me ? As a child I want to have good health , adventurous life , love , happiness and wealth.

Now that I am 64 years old going to be 65 I am now more clear in what I want in life. It is time to enjoy whatever I have instead of worrying on what I don't have compared with others. I wanted to have a big house with garden and swimming pool when I was young. Today it is not necessary to own them because not only they are expansive but very high maintenance cost. We can relax and enjoy the peace of the public gardens around Petaling Jaya without having to pay its maintenance compared to if I were to have my own. And so is the use of the public swimming pool which is free for senior citizens.

I need not have to buy a palace to enjoy well designed building. I just have to spend time in the various mosques in the Klang Valley. It is really peaceful in the mosque where again you enjoy the use of it without having to pay for its construction and maintenance.

Yes , for me I need not think of any new venture. I just have to be grateful with what Allah has given me and to enjoy life while it last. For me my Petaling Jaya house is my city business centre and my kampong as a retreat. I will now find time and money to renovate our old family house in the kampong as my community service centre.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.